Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


PRIHATIN NASIB PENIAGA: MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN SANTUNI MANGSA KEBAKARAN PASAR SENTRAL UTC LABUAN

YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) bersama YB Datuk Lo Su Fui, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) hadir menyantuni peniaga yang terjejas dalam kejadian kebakaran di Pasar Sentral UTC Labuan yang berlaku baru-baru ini.

Lawatan ini bertujuan menyantuni para peniaga yang terkesan di samping menyampaikan sumbangan wang tunai bagi meringankan beban mereka selepas insiden kebakaran tersebut.

Sumbangan disampaikan kepada lapan penjaja kecil yang terjejas akibat kebakaran yang berlaku pada Jumaat, 13 Mac 2026 kira-kira jam 11.30 malam. Jumlah sumbangan yang diberikan adalah antara RM1,000 hingga RM1,500 berdasarkan tahap kerosakan barangan serta gerai penjaja di Pasar Sentral UTC Labuan.

Turut hadir YBhg. Dato  Indera Suhaili Abdul Rahman, Ahli Parlimen Labuan, YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, YBhg. Datuk Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan & Sosio Ekonomi) Jabatan Wilayah Persekutuan, YBrs. Tuan Simsudin bin Sidek, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan dan YBrs. Tuan Hj. Rithuan bin Hj. Mohd Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan.

Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban peniaga yang terjejas serta memberi semangat kepada mereka untuk meneruskan perniagaan setelah insiden kebakaran tersebut.