YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) bersama YB Datuk Lo Su Fui, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) telah mengadakan lawatan kerja ke tapak Projek Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) di Batu Arang, WP Labuan.
Projek PPAM pertama di WP Labuan ini bakal menyediakan 160 unit rumah mampu milik khusus untuk penjawat awam, sekali gus meningkatkan kadar pemilikan rumah dalam kalangan penjawat awam di pulau ini.
Rumah yang ditawarkan berkeluasan kira-kira 1,000 kaki persegi dengan harga bermula sekitar RM294,000 bagi unit standard, lebih rendah berbanding harga pasaran semasa.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memastikan penjawat awam mempunyai akses kepada perumahan yang berkualiti dan mampu milik, di samping menyokong pembangunan seimbang di WP Labuan.
Turut hadir YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, YBhg. Datuk Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan & Sosio Ekonomi) Jabatan Wilayah Persekutuan, YBrs. Tuan Simsudin bin Sidek, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan dan YBrs. Tuan Haji Rithuan bin Haji Mohd Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan.