YB MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN MENYANTUNI RAKAN MEDIA
06 Mac 2026
YB Hannah Yeoh, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) hadir ke Majlis Nur Ramadan Wilayah Persekutuan Bersama Media.
Majlis ini menjadi wadah untuk mengeratkan ukhuwah antara Kerajaan dan pengamal media, di samping merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas dedikasi serta komitmen mereka dalam melapor, menjelaskan dan memperkasa penyampaian setiap dasar serta inisiatif Kerajaan, khususnya di Wilayah Persekutuan.
Dalam era komunikasi yang pantas dan dinamik, peranan media kini melangkaui sekadar menyampaikan berita. Media turut berfungsi sebagai rakan strategik Kerajaan serta jambatan penghubung antara Kerajaan dan rakyat dalam membina naratif yang mampu membentuk kefahaman serta meningkatkan kesedaran masyarakat.
Turut hadir YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, YBhg. Datuk Seri TPr. Fadlun Mat Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur, YBhg. Datuk Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (PSE) Jabatan Wilayah Persekutuan, serta ketua-ketua pengarang, timbalan ketua pengarang dan rakan-rakan media.