Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


PEMBAHARUAN 2026: PENIAGA BELON DI JALAN TAR DILESENKAN

Sebagai pembaharuan bagi tahun 2026, semua peniaga belon di Jalan TAR diwajibkan memiliki lesen bagi memastikan aktiviti perniagaan dijalankan secara sah dan lebih teratur.

Pemantauan yang dijalankan oleh Jabatan Penguatkuasa DBKL di Jalan TAR malam tadi mendapati peniaga belon yang beroperasi kini telah dilesenkan, selaras dengan usaha memastikan keselamatan pengunjung serta suasana perniagaan yang lebih tersusun.

Inisiatif ini bukan sahaja memberi perlindungan kepada pengguna, malah membantu peniaga menjalankan perniagaan secara sah dan teratur.

Jabatan Penguatkuasa DBKL akan terus memantau pematuhan lesen bagi memastikan perniagaan di kawasan tumpuan seperti Jalan TAR kekal selamat, terkawal dan teratur.