Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


1,500 ASNAF & FAKIR LABUAN TERIMA SUMBANGAN NUR RAMADAN 2026/1447H

YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan diiringi YBrs. Tuan Haji Rithuan bin Haji Mohd Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan hadir menyempurnakan Program Nur Ramadan Wilayah Persekutuan 2026/1447H yang berlangsung di Masjid Jamek Layang-Layangan, Labuan.

Seramai 1,500 penerima dalam kalangan asnaf dan fakir menerima sumbangan tunai RM200 setiap seorang menerusi peruntukan zakat di bawah MAIWP. Selain itu, 130 pelajar tahfiz turut menerima sumbangan khas melalui Peruntukan Khas Wilayah Persekutuan (JWP).

Program ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam membantu golongan memerlukan serta menyemarakkan penghayatan Ramadan melalui pengisian kebajikan dan kerohanian di Wilayah Persekutuan.

Turut hadir YB Encik Simsudin bin Sidek, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, YBhg Datuk Haji Bashir bin Haji Alias, Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan, Tuan Haji Basran bin Jamil, Pengerusi Masjid Jamek Layang-Layangan, Tuan Haji Ariff Aliskah, Pengurus Madrasah Tahfiz Al-Quran, Ustaz Mohamad Ruzaimi bin Ibrahim, Timbalan Pengurus Cawangan MAIWPL, Ustaz Mohd Suhaimi bin Mohd Yusof, Ketua Penolong Pengarah Kanan JAWI Labuan, Encik Faizal bin Lakat, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Layang-Layangan, Encik S Roslee bin Matusin, Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk WP Labuan, serta pengurusan Jabatan Wilayah Persekutuan, Perbadanan Labuan dan agensi-agensi di bawah JWP.