YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan diiringi YBrs. Tuan Haji Rithuan bin Haji Mohd Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan telah menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Bercucul sempena SHWP 2026 di Labuan semasa Majlis Nur Ramadan.
Tahniah diucapkan kepada Johan Kampung Kilan / Pulau Akar, Naib Johan Kampung Patau-Patau 2 dan Tempat Ketiga Kampung Tanjung Aru. Turut menerima saguhati ialah Kampung Sungai Miri serta Kampung Layang-Layangan.
Pertandingan bercucul ini bukan sekadar acara pertandingan, tetapi menjadi simbol usaha, komitmen dan kerjasama erat komuniti kampung-kampung di Pulau Labuan dalam memelihara tradisi serta mengukuhkan semangat kebersamaan.Â
Program ini jelas memperlihatkan kekuatan perpaduan dan semangat gotong-royong masyarakat setempat dalam menjayakan setiap inisiatif komuniti.