Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


PENYERAHAN RUMAH BAITI JANNATI TANGGUNGJAWAB BERSAMA DEMI KESEJAHTERAAN RAKYAT 🏠✨

YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) hadir menyempurnakan Majlis Penyerahan Program Baiti Jannati @ Wilayah Persekutuan dan Program Mesra Rakyat 2025, sebagai usaha berterusan memastikan setiap keluarga menikmati kehidupan yang lebih selesa, selamat dan bermaruah.

Program ini dilaksanakan melalui kerjasama strategik antara Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) serta Tenaga Nasional Berhad (TNB), melibatkan penyediaan 20 unit rumah PPR dan Perumahan Awam bagi tahun 2026 merangkumi tujuh kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan, sekali gus memberi manfaat kepada 20 keluarga untuk memulakan kehidupan yang lebih stabil.

Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Tan Sri Abdul Razak bin Abdul Majid, Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB), YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, YBhg. Datuk Seri TPr. Fadlun bin Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur, YB Ir. Ts. Zahir bin Hassan, Ahli Parlimen Wangsa Maju, YBhg. Datuk Ir. Ts. Shamsul bin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), serta YBhg. Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bersama pegawai kanan JWP dan DBKL.