PROGRAM BICARA PSIKOLOGI: CERAMAH TELAAH JIWA REMAJA ðŸ§
03 Mac 2026
Unit Pengurusan Psikologi, JWP telah menganjurkan Program Bicara Psikologi: Telaah Jiwa Remaja pada hari ini bertempat di Dewan Serbaguna, Aras 1, Menara Seri Wilayah. Program dimulakan dengan ucapan pembukaan, diikuti ceramah yang disampaikan oleh Dr. Nasrudin Subhi (
KB.PA.).
Ceramah ini membincangkan pelbagai aspek perkembangan psikologi remaja, cabaran emosi, tekanan sosial serta kepentingan pemahaman dan perhatian orang dewasa, khususnya ibu bapa, dalam mendampingi remaja pada fasa perkembangan yang kritikal ini.
Semoga program ini memberi manfaat, panduan dan inspirasi kepada warga JWP untuk lebih memahami jiwa remaja serta membimbing mereka dengan penuh empati dan hikmah.