FI LESEN GIMNASIUM DIPOTONG 80% SEBAGAI LANGKAH PROAKTIF PERKASA AGENDA BANDAR SIHAT
03 Mac 2026
YB Hannah Yeoh, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) mengumumkan pengurangan 80% fi lesen operasi gimnasium di Kuala Lumpur berkuat kuasa Januari 2026 daripada RM50 kepada RM10 semeter persegi.
Langkah ini hasil libat urus bersama pemain industri dan menjadi pendekatan proaktif memperkasa agenda Bandar Sihat, khususnya dalam menangani peningkatan kes obesiti serta penyakit tidak berjangkit di kawasan bandar.
Seiring pelaksanaan ini, pengusaha gimnasium digalakkan menawarkan diskaun waktu tertentu dan kadar khas kepada warga emas supaya lebih ramai warga kota dapat mengamalkan gaya hidup aktif.
Lebih akses kepada kemudahan senaman, lebih peluang untuk rakyat kekal sihat demi Kuala Lumpur yang lebih cergas dan sejahtera

Turut hadir, YBhg. Datuk Seri TPr Fadlun bin Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur dan YBrs. Encik Krishna Kumar A/L Kalimuthu, Presiden Persatuan Pengusaha Gimnasium Malaysia.