Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


5,100 ASNAF TERIMA SUMBANGAN NUR RAMADAN WILAYAH PERSEKUTUAN TAHUN 2026/1447H.

YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) bersama YB Datuk Lo Su Fui, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) hadir ke menyempurnakan Majlis Sesi Penyampaian Sumbangan Nur Ramadan Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya 2026/1447H.

Dalam majlis tersebut, seramai 300 orang penerima dari Wilayah Persekutuan Putrajaya telah menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM200.00 setiap seorang melalui peruntukan zakat MAIWP.

Selain itu, YB Hannah Yeoh turut menyampaikan Sumbangan Khas RM5,000.00 kepada surau-surau yang terpilih di Putrajaya sebagai tanda sokongan kepada institusi masjid dan surau yang menjadi rakan strategik dalam pembangunan pendidikan Islam.

Turut hadir YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan; YBhg. Dato’ Haji Mohd Sakeri bin Abdul Kadir, Presiden Perbadanan Putrajaya; YBrs. Encik Nik Ahmad Zahiruddin bin Nik Salleh, Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan; YBrs. Tuan Haji Rithuan bin Haji Mohd Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan ; serta barisan pengurusan kanan JWP dan PPJ.

Pelaksanaan Program Nur Ramadan 2026 ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan dalam menyantuni golongan memerlukan di Putrajaya, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.