Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


MAJLIS AMANAT YB MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN

YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), telah menyampaikan amanat beliau kepada warga kerja JWP dan agensi dalam majlis pagi tadi yang bertempat di Menara Seri Wilayah, Putrajaya. Majlis ini menjadi platform penting untuk menyampaikan visi kepimpinan, memperkukuh hala tuju perkhidmatan, serta menegaskan komitmen warga Wilayah Persekutuan dalam merealisasikan aspirasi Malaysia MADANI.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran YB Datuk Lo Sui Fui, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan); YBhg. Datuk Seri Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan; YBhg. Dato’ TPr. Fadlun bin Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur; YBhg. Dato’ Haji Mohd Sakeri bin Abdul Kadir, Presiden Perbadanan Putrajaya; YBrs. Encik Mohd Sukuran bin Taib, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan; YBhg. Datin Paduka Rahilah binti Rahmat, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan; YBrs. Dr. Khairul Nizam bin Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu; dan YBrs. Encik Nik Ahmad Zahiruddin bin Nik Salleh, Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan, bersama Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah JWP serta pengurusan kanan JWP dan agensi.
Semoga amanat yang disampaikan menjadi pemangkin semangat dan iltizam bersama dalam memperkukuh tadbir urus, meningkatkan mutu perkhidmatan, serta memacu pembangunan Wilayah Persekutuan yang mampan dan sejahtera.