Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


[ππŽπ“π‘π„π“ #π’π‡π–ππŸπŸŽπŸπŸ”] MAJLIS PELANCARAN KEMPEN KIBAR BENDERA PERINGKAT WP KUALA LUMPUR

YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) diiringi YBhg. Datuk Seri Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan hari ini telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan #SHWP2026 di Taman Tasik Menjalara, WP Kuala Lumpur.
Inisiatif ini bukan sahaja menceriakan landskap bandar, malah selari dengan usaha mempromosikan Wilayah Persekutuan sebagai destinasi yang β€˜vibrant’ dan mesra pelancong bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026.
Setiap parlimen dan wakil penduduk setiap zon Kuala Lumpur juga telah selesai menerima bendera Wilayah Persekutuan daripada YB Menteri dalam menyemarakkan semangat kebersamaan serta rasa kepunyaan dalam kalangan warga Wilayah Persekutuan.
Semua pihak digalakkan untuk bersama-sama mengibarkan bendera dan menyokong Pencahayaan Wilayah Persekutuan demi memperkukuh identiti serta kebanggaan terhadap Wilayah Persekutuan.
Turut hadir, YBhg. Dato’ TPr Fadlun bin Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur, YBhg. Dato’ Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (PSE) JWP, YBhg. Datin Paduka Rahilah binti Rahmat, Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan, YBrs. Dr Khairul Nizam Othman, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu dan wakil Ahli Parlimen Kuala Lumpur serta pegawai-pegawai kanan JWP dan agensi.