YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) turun padang meninjau pembukaan semula Padang Merbok yang kini dibuka sepenuhnya kepada orang awam, sekali gus mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam mengembalikan ruang awam kepada rakyat.
Padang Merbok kembali berfungsi sebagai ruang sukan, rekreasi dan kebersamaan komuniti di tengah ibu kota, selain memiliki nilai sejarah dan nasional yang signifikan.
Turut hadir ialah YB Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi; YBhg. Dato’ TPr. Fadlun bin Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur; serta YBhg. CP Dato’ Fadil bin Hj. Marsus, Ketua Polis Kuala Lumpur.
Semoga pembukaan semula ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat sebagai ruang rekreasi, perpaduan dan keterangkuman bandar selaras dengan semangat Malaysia MADANI.