Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


MAJLIS SERAH TUGAS KETUA PENGARAH JWP.

YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), telah menyaksikan Majlis Serah Tugas Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan yang melibatkan penyerahan nota serah tugas kepada YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan yang baharu, daripada YBhg. Datuk Seri Noridah binti Abdul Rahim, mantan Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan.

Majlis ini menjadi simbol peralihan amanah serta kesinambungan kepimpinan di peringkat Ketua Pengarah dalam memastikan tadbir urus Wilayah Persekutuan terus diperkukuh secara berintegriti, sistematik dan berteraskan kesejahteraan warga, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (PSE) Jabatan Wilayah Persekutuan; YBrs. Puan Farah Adura binti Hamidi, Timbalan Ketua Pengarah (PPe) Jabatan Wilayah Persekutuan; YBhg. Dato’ Haji Mohd Sakeri bin Abdul Kadir, Presiden Perbadanan Putrajaya; YBrs. Dr. Khairul Nizam bin Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu; YBhg. Datin Paduka Rahilah binti Rahmat, Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan; serta YBrs. Encik Nik Ahmad Zahiruddin bin Nik Saleh, Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan, bersama pengurusan kanan Jabatan Wilayah Persekutuan.