SANTUNI PERAYAAN, ERATKAN SILATURAHIM
13 Februari 2026
YB Hannah Yeoh, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) telah menyampaikan limau dan kurma kepada YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan sempena sambutan Tahun Baharu Cina dan Ramadan.
YB Menteri turut mengagihkan limau dan kurma kepada warga Jabatan Wilayah Persekutuan sebagai tanda meraikan Tahun Baharu Cina dan bulan Ramadan yang bakal tiba.
Semoga sambutan ini terus menyemarakkan semangat kebersamaan dan perpaduan.