Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


SESI PENYERAHAN SUMBANGAN KOTAK MAKANAN SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BAHARU CINA DAN RAMADAN AL-MUBARAK

Unit Kemiskinan, Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) telah menyalurkan sebanyak 55 kotak makanan sempena sambutan Tahun Baharu Cina dan Ramadan Al-Mubarak kepada penerima yang layak dan berdaftar dalam sistem eKasih di kawasan Parlimen Segambut pada 13 Februari 2026.

Program ini dilaksanakan dengan semangat whole of nation approach , iaitu kerjasama antara JWP dan pemimpin tempatan bagi memastikan bantuan dapat disampaikan dengan lebih teratur dan menyeluruh. Kolaborasi ini juga merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Jabatan dalam memperkukuh pembangunan sosioekonomi serta menyantuni komuniti yang memerlukan, khususnya dalam membantu meringankan beban kos sara hidup menjelang musim perayaan. Diharapkan sumbangan ini dapat memberikan manfaat dan sokongan kepada para penerima dalam membuat persiapan menyambut perayaan dengan lebih bermakna.