MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN BACK TO SCHOOL YWP & TNB KEPADA WARGA JABATAN WILAYAH PERSEKUTUAN
07 Januari 2026
YBhg. Dato’ Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (PSE), Jabatan Wilayah Persekutuan bersama YBrs. Dr. Abdul Basir bin V. Kunhimohamed, Ketua Pegawai Eksekutif YWP telah menyempurnakan sesi penyerahan sumbangan Program Back To School.
Seramai 50 orang kakitangan Jabatan Wilayah Persekutuan telah menerima sumbangan Program Back To School daripada Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) atas sumbangan yang amat bermakna ini, sekali gus mencerminkan keprihatinan berterusan terhadap kebajikan serta keperluan pendidikan anak-anak warga kerja JWP.