Lawatan Turun Padang Unit Kemiskinan, Bahagian Sosioekonomi (BSE) diteruskan dengan menyantuni peserta Program Usaha Jaya Insan (PUJI) dan Dapur Digital di PPR Intan Baiduri, Kepong.
💡 Dapur Digital PPR Intan Baiduri merupakan antara kejayaan komuniti setempat dalam meningkatkan pendapatan rakyat. Sejak dirasmikan pada tahun 2024, dapur ini terus aktif menyediakan pelbagai menu menarik seperti vietnam roll, pencuci mulut, nasi ayam geprek, biskut raya serta menerima tempahan katering dengan pendapatan bulanan mencecah RM20ribu.
✨ Antara sajian utama yang akan dikomersialkan secara meluas ialah Sambal Bilis Bunga Kantan, Sambal Hijau Berapi, dan Sambal Geprek Letopp. Produk Dapur Digital Intan Baiduri kini boleh didapati melalui platform Foodpanda, Shopee dan TikTok Shop.
🏅 Dapur ini juga telah menerima Anugerah Dapur Digital Wira Komuniti oleh Pepper Labs sebagai pengiktirafan terhadap usaha gigih peserta dalam menjana pendapatan melalui program ini.
Selain itu, peserta Upaya@PUJI, Encik Ahmad Tun Zafil, yang menyertai latihan dalam bidang seni kreatif, terus bersemangat meneruskan kerjayanya dengan mengambil tugasan seperti penyuntingan video serta rakaman foto bagi majlis-majlis seperti Istiadat Konvokesyen, Majlis Perkahwinan dan lain-lain di sekitar Kuala Lumpur.
💪 Inisiatif di bawah program PUJI jelas memberi impak positif dalam memperkasa ekonomi dan kerjaya peserta, selaras dengan aspirasi Merancakkan Malaysia MADANI.