BICARA PSIKOLOGI: HENTIKAN GANGGUAN SEKSUAL
01 Oktober 2025
Telah berlangsung Program Bicara Psikologi disampaikan oleh Encik Gopal a/l Akambaram, Penolong Pengarah Unit Pengurusan Psikologi pada 1 Oktober 2025 bertempat di Auditorium JWP yang dihadiri oleh warga JWP.
Objektif Bicara Psikologi ini bertujuan untuk memberi kefahaman kepada semua warga jabatan untuk meningkatkan kesedaran, memupuk sikap hormat, mengetahui hak & tanggungjawab, meningkatkan kepercayaan & keselamatan tentang definisi, bentuk, dan contoh gangguan seksual di tempat kerja selain dapat mengukuhkan keyakinan warga jabatan bahawa tempat kerja adalah persekitaran yang selamat, kondusif dan profesional.