Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


PROGRAM HARI CUCI MALAYSIA WP LABUAN

Program Hari Cuci Malaysia dan Gotong-Royong Perdana Peringkat WP Labuan yang melibatkan penyertaan 27 buah kampung, termasuk Kampung Lajau sebagai lokasi utama pelancaran, telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada hari ini. Program yang dikelolakan oleh Jabatan Perkhidmatan Perbandaran, Perbadanan Labuan (PL) dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Lajau ini merupakan sebahagian daripada inisiatif untuk memperkukuh budaya kebersihan dan semangat gotong-royong dalam kalangan komuniti tempatan. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PL, YBrs. Encik Mohd Sukuran bin Taib dengan kehadiran Pengarah Jabatan Perkhidmatan Perbandaran PL, Encik Gilbert Chin Hsing Lin; Ketua Kampung Lajau, Encik Mohamad bin Haji Jakop; pegawai-pegawai kanan PL, rakan-rakan media, sukarelawan, serta masyarakat setempat.