SIDANG MEDIA KHAS
12 September 2025
YB Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) bersama YBhg. Datuk Seri Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan hari ini menghadiri Sidang Media Khas berkaitan Kampung Sungai Baru yang dihadiri wakil-wakil media.
Turut disertakan pembentangan oleh YBrs. Dr. Khairul Nizam bin Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) mengenai isu Kampung Sungai Baru.
Diharapkan sidang media ini dapat memberi pencerahan yang jelas serta menjawab persoalan yang dikemukakan dalam sesi soal jawab.
Turut hadir, YBrs. Encik Anuar bin Isa, Timbalan Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.