MAJLIS PENYERAHAN PROJEK MENAIKTARAF JAMBATAN PATAU-PATAU 1, W.P. LABUAN
12 September 2025
Majlis penyerahan projek menaiktaraf Jambatan Patau-Patau 1 telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Hj. Ahmad bin Hj. Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya (TMKR) hari ini.
Projek ini telah dilaksanakan oleh JKR dengan kos berjumlah RM11.6j dan disiapkan 9 bulan lebih awal daripada jadual.
Turut hadir, YBhg. Datuk Ramlee bin Yatim, Timbalan Ketua Pengarah (PPe) Jabatan Wilayah Persekutuan, YBhg. Dato’ Mohd Husni bin Mohamad Salleh, Pengerusi Perbadanan Labuan (PL), YBrs. Encik Mohd Sukuran bin Taib, Ketua Pegawai Eksekutif PL, Pengarah Kanan JKR dan Pengarah JKR Labuan.
Projek ini menunjukkan komitmen yang tinggi daripada Kerajaan Persekutuan dalam membantu pembangunan dan kesejahteraan penduduk Wilayah Persekutuan Labuan.