YBhg. Datuk Seri Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan merasmikan Majlis Apresiasi Rakan Strategik Borneo Flora Festival 2025 peringkat Wilayah Persekutuan Labuan malam ini.
YBhg. Datuk Seri turut menyempurnakan penyampaian sijil penghargaan kepada rakan-rakan strategik yang telah menjadi tulang belakang dan membantu merealisasikan kejayaan festival ini.
Turut hadir, YBhg. Dato’ Mohd Husni Mohamad Salleh, Pengerusi Perbadanan Labuan (PL), YBrs. Encik Mohd Sukuran Taib, Ketua Pegawai Eksekutif PL, YBrs. Encik Shamshul Joehari Zainal Mokhtar, Naib Presiden Kanan (Perkhidmatan Korporat) Perbadanan Putrajaya dan pegawai-pegawai kanan serta dif-dif kehormat dari agensi dan jabatan kerajaan.