YBhg. Datuk Seri Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan bersama pasukan teknikal Borneo Arts Festival 2025 (BAF 2025) terdiri daripada Encik Shamshul Joehari bin Zainal Mokhtar, Naib Presiden Kanan (Perkhidmatan Korporat) Perbadanan Putrajaya dan pegawai-pegawai Perbadanan Labuan melakukan tinjauan tapak petang ini bagi perancangan dan persediaan BAF 2025 yang akan menjelang pada 13 hingga 17 November 2025.