YBhg. Datuk Seri Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan dan YBrs. Encik Mohd Sukuran Taib, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan mengadakan mesyuarat dan tinjauan turun padang bagi persediaan Borneo Arts Festival 2025 di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa, Wilayah Persekutuan Labuan.
Borneo Arts Festival bakal mempersembahkan citarasa Borneo, tarian tradisional Borneo serta seni budaya yang menjadi simbol penyatuan dan warisan budaya masyarakat Borneo yang kaya dengan tema ‘Warisan Seni Borneo’.