YBhg. Datuk Seri Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan pada hari ini mengadakan lawatan turun padang (TUPA) pemantauan projek Kampung Angkat Madani, Jabatan Wilayah Persekutuan di Kampung Belukut, Labuan.
Lawatan ini bertujuan untuk memantau dan menilai kemajuan projek-projek fizikal bagi menambahbaik kemudahan dan infrastruktur seperti berikut:
1. Penyelenggaraan dan naik taraf Balai Raya Kg Belukut
2. Pembaikan & pemasangan lampu jalan kampung
3. Penyelenggaraan dan naik taraf jalan kampung
4. Pembinaan gelanggang futsal baharu; dan
5. Pembinaan pagar di Tanah Perkuburan Islam (TPI) Kariah Kampung Belukut
Sesi turun padang dan pemantauan ini adalah penting dalam memastikan semua projek fizikal yang dirancang dapat disiapkan untuk dimanfaatkan oleh penduduk kampung. YBhg. Datuk Seri Noridah turut mengambil peluang untuk menyantuni kepimpinan dan masyarakat kampung pada sesi turun padang ini.
Semoga aspirasi dan inisiatif murni daripada Kerajaan untuk merapatkan jurang kemudahan asas antara bandar dan luar bandar dapat memberikan impak positif dalam meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat khususnya di Kampung Belukut, Labuan.
Turut hadir adalah pegawai-pegawai kanan Perbadanan Labuan serta wakil JPKK Kampung Belukut.