YBhg. Datuk Ramlee bin Yatim, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Pembangunan), Jabatan Wilayah Persekutuan telah mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 8 Ogos 2024 (Jumaat).
Lawatan kerja ini diadakan bertujuan untuk mempelajari dan memahami pengurusan sumber air dan pengalaman Bahagian Kawal Selia Air di bawah Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Sumber Air Pulau Pinang 2025 dan RUU Lembaga Sumber Air Pulau Pinang 2025 sebagai panduan kepada JWP ke arah penggubalan RUU Pengurusan Sumber Air Wilayah Persekutuan RUU Badan Kawal Selia Air Wilayah Persekutuan.
Delegasi lawatan ini turut disertai pegawai-pegawai kanan JWP, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya, Perbadanan Labuan, Jabatan Mineral dan Geosains dan juga pasukan perunding yang telah dilantik oleh JWP, iaitu Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM).