DARI KETULUSAN HATI YANG PALING DALAM.. TERIMA KASIH!
14 Ogos 2025
Hari ini, Jabatan Wilayah Persekutuan bersama Perbadanan Putrajaya telah meraikan rakan-rakan strategik dan agensi-agensi sukarelawan yang telah menjadi tunjang dan nadi kepada kejayaan Borneo Flora Festival @ Labuan 2025.
Setiap usaha, idea dan kerjasama yang dicurahkan oleh pelbagai agensi, sukarelawan serta komuniti tempatan menjadi nadi kejayaan festival ini. Tanpa mereka, BFF @ Labuan 2025 tidak akan mencapai kejayaan luar jangkaan.
Kerjasama erat ini membuktikan bahawa Wilayah Persekutuan Labuan bukan sahaja mampu menganjurkan program berskala besar, malah berdiri setanding di pentas antarabangsa. TAHNIAH SEMUA!