BERKIBAR JALUR GEMILANG KEBANGGAAN 🇲🇾
19 Ogos 2025
Pagi ini setiap kibaran bendera menjadi saksi kebanggaan seluruh warga Menara Seri Wilayah yang mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh semangatnya!
YB Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Wilayah Persekutuan bersama YBhg. Datuk Seri Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan turut meluangkan masa untuk menyemarakkan semangat Hari Kebangsaan dengan memasang bendera Jalur Gemilang di kenderaan Jabatan dan Agensi.
Seluruh warga kemudiannya tidak melepaskan peluang untuk turut menelaah bahan bacaan berkisarkan kemerdekaan di ruang lobi Blok 1 berlatar belakangkan hiasan meriah sempena bulan MERDEKA.
Turut hadir, YBhg. Dato' TPr. Fadlun Mak Ujud, Presiden Perbadanan Putrajaya, YBrs. Tuan Ismadi Sakirin, Pengarah Eksekutif (Sosioekonomi) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, YBrs Dr. Khairul Nizam Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu dan YBrs. Encik Nik Ahmad Zahiruddin Nik Salleh, Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan serta agensi-agensi.