Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


JWP DAN AGENSI BERSAMA FRIENDS OF MINISTRY MENDUKUNG ASPIRASI MADANI

YB Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) meluangkan masa bersama-sama ahli-ahli Yang Berhormat Friends of Ministry Jabatan Wilayah Persekutuan (FOM JWP) yang dipimpin oleh YB Dato’ Indera Shahar bin Abdullah, Pengerusi Backbenchers Club (BBC) dalam sesi libat urus di KLCG Confectionary & Bakery pagi ini.

Dalam sesi tersebut, YB Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa turut menyempurnakan penyampaian sijil watikah pelantikan kepada semua 15 ahli-ahli FOM JWP dan penyampaian cenderahati hasil kraftangan penduduk Labuan terdiri dari Batik Linut, clutch mengkuang dan lanyard manik dari Galeri Kraftangan LAWA.

Turut hadir, YBhg. Datuk Seri Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah JWP, ketua-ketua agensi, pegawai-pegawai kanan JWP dan agensi.