Kunjungan Jabatan Wilayah Persekutuan diketuai oleh Encik Mohd Sharif bin Mohamad Yaakob, Pengarah Bahagian Sosio Ekonomi dan YBhg. Dato' Mohd Zulkifli bin Hashim, Timbalan Pengarah Seksyen Kesejahteraan Ekonomi untuk menyantuni beberapa peserta Program Inisiatif Pendapatan Rakyat - Inisiatif Membasmi Miskin Tegar (IPR-IBMT) dan Program Usaha Jaya Insan (PUJI) telah diadakan di sekitar Wilayah Persekutuan Labuan. Lawatan ini turut disertai oleh pegawai Perbadanan Labuan dan Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS).
Para peserta yang berjaya menjana pendapatan secara progresif ialah Puan Normah binti Sabli, (peserta IPR-IBMT), Puan Ajilisa binti Singgom dan Puan Raziana binti Zulkifli yang merupakan Peserta PUJI@WPL Fasa 2.
Menerusi kolaborasi strategik di bawah inisiatif Upaya@PUJI, peserta telah diberikan kemudahan fasiliti serta bantuan diskaun sewaan premis Lestari Niaga, bimbingan untuk mendapatkan persijilan Home Based Food daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga bantuan kewangan dan peralatan untuk menjalankan perniagaan.
Selaras dengan iltizam Kerangka Ekonomi MADANI meningkatkan darjat hidup rakyat, para peserta yang disantuni telah berjaya menjana pendapatan mencecah sehingga RM5,000 sebulan.