Utama »
Program Terkini
» LABUAN BERKERLIPAN DI MALAM HARI ✨
LABUAN BERKERLIPAN DI MALAM HARI ✨
24 Ogos 2025
PESONA 3W bersama Monash University Malaysia dan Kumpulan Pakar Kelip-Kelip Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam (IUCN FSG) terdiri dari Ketua Penyelidik, Dr. Wan Faridah Akmal Jusoh dan Pembantu Penyelidik, Encik Fathan Anandazikra Muharraran telah meneroka habitat kelip-kelip di Kinabenuwa, Kg. Tanjung Aru Nelayan & Layang-Layangan pada 22–24 Ogos 2025.
Kelip-kelip bukan sekadar tarikan eko-pelancongan — ia simbol ekosistem yang sihat & lestari. Bila kelip-kelip terus menyala, alam kita terpelihara dan generasi akan datang masih dapat menikmatinya.
Mari sama-sama menjaga habitat semula jadi supaya Labuan terus berkilau dengan pesona alamnya.
Orang-orang Labuan tahu kawasan lain yang menjadi habitat kelip-kelip?? Bha mari kongsikan di komen 🤩