YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara telah menyempurnakan perasmian Kongres Social Synergy bertemakan “Search and Serve Holistically” yang dianjurkan oleh PERKESO di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur pada hari ini yang turut dihadiri oleh pegawai-pegawai Jabatan Wilayah Persekutuan.
Social Synergy ialah pembudayaan pemberian bantuan berpaksikan nilai ihsan dan rahmah untuk membantu golongan yang memerlukan. Kongres ini berjaya menghimpunkan dan memperkukuh jalinan kerjasama strategik semua agensi yang terlibat dengan perlindungan dan kesejahteraan sosial di seluruh negara.