YBhg. Datuk Seri Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan menyempurnakan Sesi Wrap Up Borneo Flora Festival 2025 (BFF) dan Task Force Pelancongan Labuan pagi ini dengan menyampaikan sijil-sijil penghargaan kepada semua yang terlibat.
Terima kasih diucapkan kepada setiap petugas yang menjadi tulang belakang kejayaan BFF dan setiap penggerak Task Force Pelancongan Labuan. Semoga setiap bingkisan ilmu dan kenangan yang diperolehi dapat disimpan dan tersemat rapi.