Utama »
Program Terkini
» USAHAWAN WP SERTAI SDSI MK3D 2025
USAHAWAN WP SERTAI SDSI MK3D 2025
04 Ogos 2025
Bertemakan “Desaku Mendunia”, seramai 10 orang usahawan makanan dan kraf Wilayah Persekutuan telah menyertai Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) salah satu program dalam MK3D 2025. MK3D 2025 telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri pada 2 Ogos 2025.
Karnival Mega 3 Dimensi 2025 (MK3D 2025) yang berlangsung bermula 30 Julai hingga 3 Ogos di MITEC, Kuala Lumpur telah menggabungkan tiga program keusahawanan utama negara iaitu Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI), Karnival Usahawan Desa (KUD) dan Sambutan Hari Peneroka FELDA (HPF).