Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


MESYUARAT SIGNIFIKAN BAGI MENGANGKAT DRAF PTKL2040 KE AGC

YB Dr. Zaliha binti Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) telah mempengerusikan Mesyuarat Draf Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 (PTKL2040) dan Laporan Pendengaran dan Pertimbangan Pandangan Awam (LPPPA) Draf Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 pada hari ini.

Mesyuarat pada hari ini amat penting dan merupakan satu langkah signifikan dalam memastikan aspirasi perancangan dan pembangunan Kuala Lumpur sehingga tahun 2040 dapat direalisasikan. Ia merupakan pencapaian dan usaha yang cemerlang pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam menyediakan Draf Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 (PTKL2040) yang telah melalui proses publisiti dan penyertaan awam yang telus, komprehensif dan kompleks. Tujuan mesyuarat ini adalah untuk meluluskan Draf PTKL2040 serta LPPA yang telah disediakan oleh pihak DBKL dan seterusnya Draf PTKL2040 akan diangkat ke Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi penyempurnaan pewartaan.

Turut hadir di mesyuarat adalah YBhg. Dato' Indera Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur, YBhg. Datuk Haji Zulkurnain bin Hassan, Pengarah Eksekutif (Perancangan) DBKL, YBhg. Datuk TPr Dr. Alias bin Rameli, Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), YBhg. Datin TPr Hajah Noraida binti Saludin, Presiden Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP), pegawai Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) serta pegawai JWP dan DBKL.