YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) menerima kunjungan hormat daripada Pejabat PETRONAS Tengah dan Utara yang diketuai oleh YBhg. Datuk Salem Kailany, Ketua Pegawai Eksekutif KLCC Holdings dan pegawai-pegawai kanan Pejabat PETRONAS Tengah dan Utara di Menara Seri Wilayah hari ini.
YB Menteri turut berbesar hari menerima penyerahan “PETRONAS Gift Card” (Kad Minyak PETRONAS) bernilai RM5,000 kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi membantu dalam usaha-usaha pasca banjir. Penyerahan tersebut telah disaksikan oleh YBhg. Dato' Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, YBhg, Dato' TPr Fadlun bin Mak Ujud, Presiden Perbadanan Putrajaya dan YBrs. Tuan Ismadi bin Sakirin, Pengarah Eksekutif (SE) DBKL.