YBhg. Dato’ Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (PSE) Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) mewakili YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) menyempurnakan Majlis Penyerahan Sumbangan Program Pembangunan Komuniti kepada Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) di Wilayah Persekutuan.
Peruntukan ini bakal memanfaatkan untuk menambah baik fasiliti PPDK yang telah usang dan juga pembelian peralatan termasuk keperluan asas bagi peserta-peserta PPDK.
Sumbangan ini bertepatan dengan komitmen JWP di bawah inisiatif Program Usaha Jaya Insan (PUJI) iaitu Ihsan@PUJI dan Infra@PUJI.
Semoga peruntukan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam memberi keselesaan komuniti OKU di Wilayah Persekutuan khususnya anak-anak supaya mereka dapat belajar dalam suasana yang kondusif dengan kelengkapan yang mencukupi.