MESYUARAT JAWATANKUASA BANDAR PINTAR WILAYAH PERSEKUTUAN BILANGAN 2 TAHUN 2024
20 Disember 2024
YBhg. Datuk Ramlee bin Yatim, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan & Pembangunan) Jabatan Wilayah Persekutuan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Bandar Pintar Wilayah Persekutuan Bilangan 2 Tahun 2024 yang memfokuskan pencapaian 2024 serta perancangan untuk 2025.
YBhg. Datuk turut berbesar hati menyampaikan sijil penghargaan kepada kesemua petugas-petugas Smart Nation Expo 2024 serta Anugerah
Best At Show Award di bawah kategori Most Outstanding Booth yang telah dinobatkan kepada JWP bagi reruai pameran.
Mesyuarat dihadiri oleh wakil dari PLANMalaysia, MCMC, DBKL, PPj dan PL.