YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) bersama barisan Kabinet telah menghadiri Majlis Istiadat Sambutan Rasmi sempena Lawatan Rasmi PYT Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra, ke Malaysia yang disambut oleh YAB Perdana Menteri. Lawatan ini adalah simbol keakraban hubungan diplomatik dua negara yang berkongsi sempadan dan kepentingan strategik di rantau ini.
Sebagai kunjungan rasmi pertama PYT Paetongtarn selepas pelantikannya, lawatan ini menjadi medan penting untuk memperkukuh hubungan Malaysia-Thailand. Melalui Rundingan Tahunan Malaysia-Thailand Ketujuh (AC), pelbagai isu strategik dibincangkan, termasuk perdagangan, keselamatan sempadan, dan kerjasama rakyat dengan rakyat.
Hubungan erat antara Malaysia dan Thailand bukan sahaja penting kepada kedua-dua negara, malah kepada kestabilan dan kemakmuran serantau. Semoga hubungan ini terus utuh, membawa kemajuan bersama dan memperkukuh perpaduan ASEAN.
Sumber: Dr. Zaliha Mustafa