Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


MESYUARAT MPPWP PERINGKAT PUSAT BIL.2/2024

YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) Peringkat Pusat Bil. 2/2024 hari ini bertempat di Menara Penguatkuasa DBKL.

Intipati mesyuarat meliputi Pembentangan Pelaporan Program dan Kewangan MPPWP yang berpandukan lima (5) teras di samping membincangkan usaha-usaha untuk memperkasakan peranan MPPWP dan isu-isu setempat.

Turut hadir, YBhg. Dato’ Indera Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, YBhg. Dato’ Parang Abai@Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (PSE)  Jabatan Wilayah Persekutuan, YBhg. Dato'  TPr. Fadlun bin Mak Ujud, Presiden Perbadanan Putrajaya, YBrs. Encik Ismadi bin Sakirin, Pengarah Eksekutif (SE) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, En Mohd Sukuran bin Taib, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan serta pegawai-pegawai JWP, DBKL, PPj dan PL.