YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) berkesempatan untuk melawat Kompleks Kementerian Komunikasi yang menempatkan pejabat pengurusan Jabatan Penerangan Labuan, Jabatan Penyiaran Labuan, BERNAMA Biro Labuan dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Labuan seusainya slot Bicara YB di konti Labuan FM.
YB Menteri menekankan kepada jentera penggerak komunikasi bahawa penyampaian maklumat adalah antara perkara yang sangat penting untuk rakyat tahu dan cakna mengenai apa yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan MADANI.
Berbanding Kerajaan dahulu, Kerajaan MADANI di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri memberi fokus dan tumpuan yang khusus buat penduduk di Labuan.