YBhg. Datuk Ramlee bin Yatim, Timbalan Ketua Pengarah (PPe) Jabatan Wilayah Persekutuan merasmikan Bengkel Pecutan SPM 2024 yang bertempat di Dewan Konvensyen Ujana Kewangan pagi ini. Tahun ini buat julung kalinya penyertaan diterima mencatatkan seramai 1,146 calon SPM 2024 dari 12 sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Labuan termasuk calon persendirian. Program yang berlangsung selama dua hari ini merupakan usaha sama strategik di antara Jabatan Wilayah Persekutuan dan Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) di bawah inisiatif Ilmu@PUJI.
📚 Apa yang ditawarkan?
✅ Bengkel teknik menjawab SPM bersama guru pakar
✅ Fokus pada 6 subjek teras: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, Pendidikan Islam
Terima kasih diucapkan kepada sukarelawan terlibat dari Mahasiswa UMS Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Kelab Sukarelawan Siswa (KESUWA) dan Alumni YSS.