JOM SINGGAH FOOD TRAIN COMEL, PRESINT 15
05 Disember 2024
Pusat Penjaja Putrajaya, Presint 15 menjadi lokasi strategik bagi memusatkan para penjaja yang sebelum ini berniaga di bahu-bahu jalan di WP Putrajaya. Pusat penjaja ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' TPr. Fadlun bin Mak Ujud, Presiden Perbadanan Putrajaya mewakili YB Dr. Zaliha Mustafa hari ini.
Melalui inisiatif Program Usaha Jaya Insan (PUJI) di bawah komponen Lindung@PUJI, seramai 230 penjaja di Putrajaya telah menerima tajaan JWP
dan PPj sebanyak 10 peratus daripada jumlah caruman tahunan di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan (SKSPS) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
Turut hadir, YBhg. Dato' Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (PSE) JWP, dan Encik Nik Shukri bin Nik Soh, Naib Presiden (Perkhidmatan Bandar) PPj.