PUTRAJAYA Al & DATA DRIVEN FUTURE CITY
04 Disember 2024
YAB Dato’ Seri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri telah merasmikan pelancaran Putrajaya Urban Observatory (PUO) sempena Digital Putrajaya Exhibition & Conference (DiPEC) 2024 yang bertemakan “Al & Data Driven Future City” pagi ini.
Dengan pelancaran PUO ini membolehkan perancangan pembangunan, pengoperasian, pengurusan dan penyelesaian perbandaran dapat dilaksanakan dengan lebih strategik dan cekap serta berupaya
mempercepatkan tempoh piagam bagi proses kelulusan cadangan pemajuan.
Sistem yang berasaskan pemetaan ini mampu membuat analisa kepelbagaian data untuk membantu PPj dalam pelbagai aspek bandar termasuk kualiti udara, tahap kesihatan, keselamatan penduduk, pemantauan trafik, pengurusan sisa dan pelbagai lagi indikator kesejahteraan bagi mencapai visi CHASE City Wilayah Persekutuan.
Turut mengiringi YAB Timbalan Perdana Menteri, YBhg. Datuk Ramlee bin Yatim, Timbalan Ketua Pengarah (PPe) Jabatan Wilayah Persekutuan mewakili YB Dr. Zaliha Mustafa, YBhg. Dato’ TPr Fadlun Mak Ujud, Presiden Perbadanan Putrajaya, YBhg. Dato’ Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (PSE) JWP dan pegawai-pegawai kanan dari JWP dan Agensi.