YBhg. Dato’ Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Setiausaha (PSE) Jabatan Wilayah Persekutuan telah menerima kunjungan hormat daripada YBrs. Encik Mohd Izwan Nuzaihan bin Jamil, Pengarah Unit Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM), Jabatan Perdana Menteri.
Kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan kerjasama strategik perumahan antara Unit PPAM, JPM dan Jabatan Wilayah Persekutuan di Wilayah Persekutuan.