Program Gotong Royong Mega Kampung Padang Balang Kuala Lumpur telah dilaksanakan pada 1 Disember 2024 (Ahad), 8.00 pagi tadi bagi meningkatkan kebersihan dan nilai estetika kampung dengan kehadiran seramai 80 orang peserta. Program ini turut dihadiri oleh wakil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Wangsa Maju, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, SW Corp, Alam Flora dan MPPWP Wangsa Maju Sub Zon 1 serta agensi lain yang berkaitan.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh penduduk kampung dan wakil agensi yang menjayakannya 👏🏼