Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


KEHEBATAN AKSI SULUNG ATLET PARA WPKL MEMBUAHKAN PINGAT DI SUKMA XXI SARAWAK 😍

YBhg. Dato’ Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (PSE) Jabatan Wilayah Persekutuan mewakili YB Dr. Zaliha Mustafa diiringi YBrs. Encik Sabran bin Abd Bahar, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur menyempurnakan penyerahan insentif kepada 26 atlet para SUKMA Sarawak WPKL yang hadir dalam majlis anjuran Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur.

Majlis Penyampaian Insentif yang pertama kali diadakan ini merupakan sokongan YB Dr. Zaliha binti Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) yang telah meluluskan pemberian insentif kepada pemenang pingat dan jurulatih di Temasya Sukan Para SUKMA Sarawak XXI 2024.

Kontinjen WPKL telah berjaya membawa pulang 34 pingat dengan 8 pingat Emas, 15 pingat Perak dan 11 pingat Gangsa. Pencapaian ini amat membanggakan kerana rata-rata atlet para Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada kali ini adalah dari kalangan atlet baru yang pertama kali menyertai Temasya tersebut.

Turut hadir, YBhg. Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharuddin, Presiden Majlis Paralimpik Malaysia, YBhg. Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed, Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB), YBrs. Encik Lim Chow Kiat, Pengarah AKBG dan YBrs. Encik Zaini bin Osman, Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan WP Kuala Lumpur.

Tahniah dan syabas diucapkan πŸ‘πŸ»