YBhg. Datuk Ramlee bin Yatim, Timbalan Ketua Pengarah (PPe) Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) meluangkan masa untuk beramah mesra dengan para pelajar SK Nenasi, Pekan, Pahang yang berkunjung ke JWP hari ini.
Para pelajar sempat menyertai aktiviti Kahoot! dan YBhg. Datuk telah menyampaikan hadiah berupa sumbangan peribadi kepada pemenang serta cenderahati dari pihak JWP sebelum bergambar kenangan.
Diharapkan lawatan adik-adik hari ini sedikit sebanyak dapat memberi pendedahan dan inspirasi dalam mencapai cita-cita mereka.