Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


SMART NATION EXPO 2024

YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) merasmikan pelancaran logo rasmi Inisiatif Bandar Pintar Wilayah Persekutuan di reruai Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) dan Agensi, MITEC Kuala Lumpur hari ini.

Pelancaran ini menandakan komitmen kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di Wilayah Persekutuan melalui pendekatan bandar pintar yang inovatif. Di bawah payung Bandar CHASE (Clean, Healthy, Advanced, Safe dan Eco-friendly), inisiatif ini bertujuan untuk memperkukuh tadbir urus bandar serta mempersiapkan Wilayah Persekutuan setanding dengan bandar pintar bertaraf dunia.

YB Menteri berkesempatan meninjau 9 inisiatif bandar pintar yang dipamerkan di reruai JWP bagi Smart Nation Expo 2024.

Turut hadir, YBhg. Dato' Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah JWP, YBhg. Dato' TPr Fadlun bin Mak Ujud, Presiden Perbadanan Putrajaya, YBhg. Dato' Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (PSE) JWP dan YBhg. Datuk Ramlee bin Yatim, Timbalan Ketua Pengarah (PPe) JWP.